Tuesday, May 31, 2011

Ber Sentimental Bersama Iguana

بسم الله الرحمن الرحيم

Tajuk yang pelik kan? hahaha bukan apa,, aku ada group Pecinta Haiwan Iguana kat facebook... semua join mestilah ada Iguana kan tapi aku takde,,,hohoho semua share2 pasal Iguana masing2,,, selama ni bila ada post and comment, aku just tengok je... sampai satu hari, admin group tu tanya :

Ramai lagi yang komen tapi aku khusus kan perbualan ini sahaja hehehe

Hahaha sedih kowt... dan aku nak citer sikit secara ringkas tentang Iguana aku,,, wuwuwuwu
Bapak aku belikan 2 ekor Iguana masa hadiah birthday aku masa form 5... sebab sebelum ni aku memang nak sangat bela IGUANA!!! aku search2 kat internet pasal iguana dan Alhamdulillah bapak aku belikan gak,,,hehehe excited giler time tu!!! Iguana adalah haiwan reptilia yang sangat unik dan eksoktik dan Iguana lah haiwan yang termurah jika nak dibandingkan dengan haiwan eksoktik yang lain,, dah tu boleh besar sehingga 2 kaki! Sape tak teruja ditambah lagi boleh ajak tidur, boleh biar kat rumah, bawak jalan2 letak kat bahu je dan macam2 lagi sifat dia!

Tapi tu semua tinggal kenangan~ hmmm kalau tak sekarang dia dah 2 tahun umur dia,,, T.T ni kisah2 aku bersama Iguana aku... huhuhu

  • Aku buat sangkar khas untuk dyowang! Klik sini
  • Tiko a.k.a. Iggy melarikan diri -.-' Klik sini
  • Video mereka makan ;-) Klik sini
  • Video aku membelai Gecko sampai terlelap ^^ Klik sini

Start aku nak pi sambung belajar kat Matrix,,, bermula lah kisah duka aku,,, huhuhu aku terpaksa bagi Gecko kat kawan aku sebab dia volunteer nak jaga,,, sekali sekala aku melawat dia kalau balik rumah... tapi tiba2 satu hari tu,,, dia dapat melarikan diri! errr sedih kowt,,, dah la dia tak bagi tahu aku langsung,,, agak terkilan r,,, dah lama hilang,,, aku tanya baru nak beritahu... tapi aku tak salahkan dia pun,,, tak suka tuding jari,,, dah takde rezeki kan.... mase tu saiz dia dah besar dahhhh,,, sebab tu aku terkilan,,, menangis lagi sekali Y.Y


Zaman muda2 dulu,,,,,

Saiz sekecik ni jerk

wahhh rindu lar nak bagi dia makan kangkong!!!!

Last aku melawat dia,,,dah besar gini da... tapi waktu dia hilang lagi besar dari ney,,,, :-(

Tengok kalau dia dah besar nanti....

Spesis warna camni susah sikit nak dapat

Haa besar kan,,,sangat teruja dan impian ini sudah terkubur~

Aku sangat ingin jadi macam dia!!! Excited ney!




Monday, May 30, 2011

Jangan Tak Jadi Plak

بسم الله الرحمن الرحيم

Ok hari Ahad 5 Jun 2011 aku dah cop nak pergi jenjalan kat BP... harap2 ahli KeluargaKu PermataKu takde perancangan apa2 ea... bukan apa,,, sekarang nak keluar ngan member pun susah,,, sini keje sane keje,,, tak salahkan pun mereka,,,hehehe 

Tadi Apiz tepon aku,,, haaa tau plak dah lama tak jumpa aku (aku marah ni!),,,kehkehkeh hari tu rancang baik punya nak pergi Gunung Ledang,,, last2 kau tak dapat join,,, ceyt hahaha tak marah la,,, gurau jerk,,, aku paham kau di alam pekerjaan, tak boleh mintak sesuka hati cuti,,,hohoho~ nasib Su, Epul & Bad pergi,,, kalau tak memang aku cekik sorang2! 
Trio Sahabat Johor
Muezz - Apiz - Su

Ni plak last trip hari tu... bertolak dari rumah seawal pagi jam 7 pagi! Pergi rumah Su jemput dia sebab alang2 bawak je la sebab lalu tempat dia,,, then dia plak memandu,,, lega sikit~ adik dia dan Palan ikut sama,,, sebelum tu beli roti canai 15 keping,,,hahha buat bekal nanti... tiba2 perasan kereta takde sticker P,,, hahaha gelabah tapi aku rileks jerk,,,kahkahkah sebab bukan aku yang drive, terus tepon Bad suruh beli sebab dia masih ada kat bandar Segamat,,, mengarah je tahu,,,kehkehkeh sampai pukul 10.30 pagi tapi mandi pukul 11.30. Perhh sejam kowt kat sana tunggu sebab ada sedikit masalah yang agak rumit -.-' 


Permandangan yang cantik

Agak Deras r

Makin dilarang, tempat ni lah kitaorang pilih untuk mandi,,,hahaha

Haa aku nak sangat bawak balik kayu ney!
Boleh letak iguana,,, hehehe
* Overall ok r tapi tak se best sebelum ni sebab ramai tak dapat join,,, lagipun kali pertama macam2 berlaku sebab banyak benda tak tahu dan tak biasa,,,hahaha 
* Klik 1st trip cerita ni yang best lau nak baca,,, 2nd trip ni just 5 bintang jerk
*Kali ni salah pilih masa sebab ada Johor fm buat program kat sana,,, ramai !
*Terpaksa mendaki tinggi,,, err hampir pitam aku dibuatnya
*Pastu tempat yang bahaya tu jugak dipilih sementara sebab malas dah,,,hehehe
*Lebih kurang tukar port sampai 4 kali,,,


Tuesday, May 24, 2011

Ceritera Kuliah

بسم الله الرحمن الرحيم

Masa 1st time masuk kuliah,,,wahh teruja kowt nak belajar kat dalam dewan kuliah,,, ye lar budak lepas SPM yang bersekolah biasa mane nak ade tempat blajar camni...hahaha 

Dewan Kuliah 1

Hmm serius r,,, selepas seminggu masuk kuliah ney,,,perhhh panas even aircond berkumandang~ memang sangat tak selesa!!! semua dah mula bersuara,,,waktu tu aircond rosak dan mengambil mase agak lame untuk pulih,,,bayangkan lar... tu sebab sem1 aku down,,,ececeh alasan! 

Aku masih ingat lagi, aku bengang dalam kuliah 1 ney,,,aku duduk berhampiran tempat belakang,,, time tu Math,,, seperti sedia maklum saya memang tak suke Math,,,oleh itu saya mengantok dan berkhayal dan tidak tumpu perhatian kat lecture,,,entah la macam mane pensyarah dok pandang aku,,,errr aku ingat dia pandang dak sebelah aku yang sedang tido tu,,,~ habis je lecture,,, dia cakap....

"OK, saya nak baris ke-6 belah kiri saya yang lelaki tu tinggal jap,,,"
Perhhh dalam hati sudah mula cuak sebab aku tak salin pun tadi nota kuliah,,,kehkehkeh haaa pastu dia pun naik jumpa kitaorang,,, "Ha mane nota awak,,,tengok!"
Aku pun tunjuk nota awal2 masa tu aku ade salin sikit... kehkehkeh(ingat selamat)
"Ni ape,,,nota yang tadi mane?!"
"Errr saya tak sempat nak salin" haha alasan agak kukuh?
"Haritu UPS1 Math dapat ape...?!"
"Errr saye dapat D"
"Haaa dah awak semue ikot saye saye naik unit"
haaaa time tu aku sangat malu,,,hahahaha even lebih kurang dalam 5 orang yang terlibat

Sesampai kat unit Math,,,aku cover lar kan yang aku ni just ikut pensyarah cam nak tanya soklan,,,hahaha *tau kau malu,,padan muka kat diri sendiri* Hu~ nasib dia tak marah,,,dia just bagi sedikit nasihat ape semue lar,,aku agak terasa dan tersentuh hati aku dengan kata2 dia...Terima kasih kerana anda menyedarkan saya ;p tapi sebelum tu aku dimalukan lagi sebab kat note math aku ade lukis I  Mathematics,,, kat situ dia sebut,,,hahahaha merah muka aku! Bukan ape, time tu aku kira paksa diri aku untuk fokus pada math tapi aku tak berjaya pengaruh minda aku sendiri! Selepas peristiwa tu,,, pelajar lelaki wajib duduk depan sekali waktu Math,,,hahahha aku tak tahu sape punya punca ;p errr ape2 pun sorry semua geng! ^^ Dan selepas itu aku mula berusaha untuk up kan Math aku,,,lepas exam dia ingat aku,,,sangat terharu kowt,,,lepas dapat keputusan pun dia tanya,,,haaa aku betul2 terharu dan nampak keikhlasan seorang pendidik untuk memajukan anak bangsa sendiri cuma aku tak sedar je waktu tu,,, Terima kasih Pn Aniza bt Mustap,,, seorang pensyarah yang kecik dan comel, hahaha my fav lecturer too...


Diikuti kisah semasa sem2,,,aku memang banyak buat hal mase sem2,,,hurmm biase lar dah lama,,, dah tahu  selok belok dunia KMM ney,,,hahaha
Waktu kuliah Biologi memang best,,, bayangkan la belajar Bio memang seronok kan... semakin hari aku tak tumpu sangat dah lecture sebab fikir Bio senang jerk, kalau tak tahu nanti, kelas tutor kan ada,,haaa dan macam2 lagi lar,,, selepas itu, aku asyik berbual2, main handset, kacau member, baca surat khabar, mata melilau tengok awek,,,hahaha betapa terok nya saya ketika itu -.-' sampai lah satu hari, Pn. Michelle tanya soklan kat aku,,,kehkehkeh

"Saya nak Muezzudin jawab soalan saya" aku terus tergamam,,,dah lah mase tu tengah maen teka teki ngan si Amer,,,hahaha
"Apa nama bakteria dalam proses Dinitrification?"
"Errr " Aku senyum je
Hahaha bengang tau tak ketika itu semua pandang kat aku,,,dak2 laki dah ketawa kan aku,,,lagi2 si Amer!

Bersama Pn Michelle Mariam

Selepas kejadian itu, nama aku slalu dijadikan target lau ada soklan,,,perhhh memang r!
Lepas tu, kalau mata aku melilau sikit tengok dak2 girls,,, dia cakap
"Haa mane Muezzudin..? Tengok depan ye" hahaha aku malu bengang lagi skali di situ >.< sabo je la~ Disebabkan peristiwa itu, aku rasa bersalah dan cuba buktikan kepada dia bahawa aku boleh score dalam Biologi,,,Alhamdulillah dengan berkat keinsafan aku,,,aku berjaya,,,

Korang sape yang kuliah hayat 3 sila tengok video ini,,,hhoohoho


Tak lupa gak peristiwa ketika waktu malam, aku sepatutnya ada kuliah Math ganti, tetapi dibatalkan,,,! Frust punya pasal sebab dah tunggu dan jugak dah keluar dari bilik,,,alang2 tu masok je lah kuliah laen,,, nasib mase tu budak Hayat 2 ada kuliah math jugak! Disebabkan hayat 2 ramai member,,,aku pun join tapi beserta  sedikit perasaan malu,,,takde lar sebab sebelum ni memang ramai jerk yang masok kuliah laen lau takde kelas..aku pun nak cuba lah, tapi pensyarah kali ni laen macam sikit.....huhuhu Nasib dudok dengan Epul & Apiz. Yup belajar dengan En. Aznam dengan bab Math yang aku belum masok lagi,,,haa memang lah,,,cari pasal! En. Aznam dah la gila2,,, perangai ikot mood! Aku pun dok diam dengar lah apa yang dia bebel tu,,,tiba2 dia perli...

"Haaa, saya nak yang orang dalam kuliah saye ney semua buat ea soklan ney,, tapi kat sini ade jugak ke bukan budak Hayat 2?" haaa terasa di situ,,, semua dah gelak,,,!
Aku boleh cover lagi buat2 tak tahu,,, tapi kali ni plak dia cakap gini...
"OK, jawab soklan ney, tapi saya nak wakil yang bukan budak kuliah saya" *alamak, tapi aku tetap cool sebab bukan aku sorang,,,ada budak laen gak
"OK sila beritahu saya mana budak tu" semua taknak tunjuk,,,hahahha
"Hoo korang backup ea,,,taknak tunjuk ea,,,takpe,,, OK saye nak baju merah yang pkai spec tu" haaa aku dah la tak dapat paham lagi tajuk baru tu,,,aku belum sempat habis kira,,,, cepat2 Epul luncur kan jawapan dia kat aku,,,dengan yakin nya aku menjawab sambil terketar2! hahaha selamat betul!
Lepas tu serik daaa taknak jumpa dia dan taknak masuk kuliah dia lagi dah,,,hahahaha


Pn Sariah bt. Ali
Haa kali ni plak Puan Sariah. Menggantikan Pn. Noor Hayati merangkap mak angkat aku kat KMM juga kawan makcik aku,,,dunia begitu kecil ye... Pn Sariah ganti seminggu jerk,,, hari pertama masuk, ada masalah sikit dengan sistem komputer kat depan tu sebab tak berfungsi, haaa mula lah aku yang menjadi mangsa,,,budak2 ney sebut2 nama aku,,,errr tak suka! macam takde orang lain nak sebut ker?! aku bukan tahu sangat,,,, then aku terpaksa pergi la depan tengok apa masalahnya,,, pastu aku blurr,,,hahahaha cam takde pape jerk,,,ni masalah dalaman rasanya sebab selalu kalau dah tekan butang ney terus hidup,,,hehehe aku dengan bengang nya pun naik balik tanpa masalah diselesaikan... -.-' lepas tu tiba2 ada sorang girl turun tolong pensyarah tu,,,, argghhh geram plak aku kat dia,,, tadi taknak tolong,,, bila aku tak dapat selesaikan, dia turun dan dengan mudah dia repair... bengang beb!!! Saje tunjuk hebat nak lawan kaum lelaki lah tu!!! hahaha geram kowt! ;p
Pn Noor Hayati bt Abu Bakar
Mak angkat aku ^^
Belajar dengan dia sangat cool,,, banyak bercerita dan akan membandingkan dalam konsep Kimia... I like~ dan juga banyak tip dan nasihat yang amaaat berguna!!! 


Amer-Cik Ruslan-Dean-Muezz
Cik Ruslan Achok ni plak pensyarah Bio aku juga merangkap Felo blok aku,,, memang sangat sporting dan juga alim. Dia sangat suka bab Biodiversiti di mana dak2 paling tak suke bab tu(sebab kena banyak hafal),,,hahaha bab tu lah kita belajar jenis2 haiwan dan tumbuhan,,,aku suka tapi masa exam aku tak jawab pon,,,hahaha sebab aku tak baca -.-' Oleh itu, aku ambek kos Biologi Pemuliharaan kat UMS...hehehe



Lepas habis kuliah kalau nak membazirkan masa, lepak plak Kafe B yang ramai gila gaban tapi makanan bermacam lah jenis!!! Tapi kalau berdegil nak makan oblong terbaek kat Kafe A,,,*sebab kafe A tak dibenarkan untuk lelaki* hahaha

Amer-Pokjat-Muezz-Azani
Geng lepak kat kafe

Haaa aku rindu nak lepak camni lar,,,kehkehkeh nanti selalu Amer yang belanja takpun Pokjat yang klua duit,,, hahaha nak buat camne,,, pemurah sangat sampai aku nak bayar tiba2 dah bayar dah,,, bukan taknak bayar pun,,, ;p


*Pensyarah kenal aku semua sebab aku buat benda tak elok,,,huhuhu sedih gak sebenarnya :(
*Dont judge the book by its cover
*Cari keberkatan dan keredhaan dalam menuntut ilumu barulah aman,,,ececeh
*Ingat tu...! Insaf sikit wahai rakan2 ku,,,hahaha pergi mintak maaf sane...
*Haa jangan ambil kesempatan orang yang baik pada kita


Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah~

بسم الله الرحمن الرحيم

1st saya ingin mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur sangat2 kepada Sang Pencipta kerana telah memberi aku hasil apa yang aku telah usahakan... kalau itu usahanya begitulah hasilnya... ;) walaupun result aku tak secanggih dan semoden kawan2 aku especially Ana Farha & NuMeeQah hehehe tetapi aku cukup gembira sebab aku tahu dimana tahap aku...
Bak kate Amer "Setelah berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh maka janganlah kita lupa untuk bertawakkal kepada Allah SWT. Tawakkal kepada Allah ialah keyakinan bahawa setiap apa yang diterima di dunia ini,segala-galanya adalah daripada Allah. Ia akan memberi ketenangan kepada jiwa kita. Natijahnya, kita tidak akan kecewa walaupun kadangkala pulangan yang kita harapkan tidak berapa berjaya."


Harap suatu hari ia akan menjadi kenyataan seperti ini InsyaAllah
Amiiinn
2nd aku juga ingin ucapkan terima kasih kepada Umi & Ayah yang selama ini mendoakan anakmu ini sejahtera dan berjaya dalam hidup! Sanggup berpuasa untuk anakmu ini dan macam2 lagi ;) InsyaAllah anakmu ini akan terus sukses, berjaya dan tidak akan lupa pengorbanan kalian,,, saya akan menjaga keluarga saya ini sampai saya menghembuskan nafas terakhir...


3rd tidak lupa juga kepada ahli Keluargaku Permataku iaitu maktuabak, makcik, pakcik, sepupu, sedara kerana sudi mendoakan kejayaan saya,,, terima kasih saya ucapkan tak terhingga!


Pn Zabariah (Biologi) Pesanan yang paling aku ingat!
Jadilah manusia dan jage diri elok2

Cik Azrul (Matematik) paling sporting
Memahami jiwa remaja seperti kita,,,hehehe

Ms Ummi Kalthum (English) adalah ibu kami kat sana.
Sangat psycho dan kelakar! 

Pn Adzliena (Kimia) seakan2 anak dara lagi,,,kehkehkeh

4th kepada guru2 dan pensyarah2 yang sanggup bertungkus lumus meninggalkan kerja dan makan serta anak di rumah kerana rasa tanggungjawab anda kepada saya untuk mengajar saya! Kamu semua walaupun penat tetap mengajar saya,,,sangat terharu... Saya akan ingat pesanan semua guru dan pensyarah lagi2 pensyarah kesayangan saya(nak jugak, hahaha)


Hadiah aku untuk korang!
5th terima kasih jugak kepada sahabat2 aku yang support dari belakang dan mengajar bagai nak rak kasi aku paham,,,hehehe I really appreciate it ^^ especially Su, Dean, Epul! Tak lupa gak yang lain Bad, Apiz, Jaz, Chun Wei, Saleh, Ijat, Acap, Ranggi, Zai, budak2 kuliah Amir, Pokjak, Azani dan lain2 lagi... Haa tak lupa gak budak2 kelas aku juga! Haaa sori sebab aku tak menjalankan tugas sebagai ketua KUMBE mate,,, errr sebab aku tak layak(ade ke patot mate,dah aku lemah mate) Juga Exclassmate yang belajar bersama2 Jiha dan Shahzrin ;)

Study Group with Jiha n Shahzrin



*Haa mesti ingat result aku gempak kan,,,,takde maknenya! Aku rasa menyesal gak kenapa sem1 aku tak study betol2,,, tengok PNGK aku... Just OK! tapi aku tahu semua yang berlaku ada hikmahnya,,, kalau tak mesti aku lalai masa sem2,,, hasilnya Alhamdulillah sem2 more better than sem1...semua dengan izin Allah,,, kalau takde Su, Dean & Epul aku mesti kecewa tengok result aku! Terima kasih ya Allah memberi saya sahabat seperti mereka ^^

*Ok sekarang aku tak tahu UPU camne... Veterinar kat UPM da tak boleh sebab tak cukup syarat,,,sangat sedih ;( yang sekarang tinggal Veterinar kat UMK,,, wahaha jauh tapi kalau rezeki aku ditakdirkan di sana,,, InsyaAllah aku akan melakukan yang terbaik untuk mencapai cita2 ku,,,huhuhu dan aku buat backup gak pilihan kedua kat UPM (universiti impian aku) ambek bachelor sains penternakan... kira senang citer semua pilihan aku berkenaan dengan haiwan ^^

*Hahaha ni moment yang kelakar masa tunggu result klua,,,kat Facebook semue dah kecoh2,,, ye la kata kol 10 then tukar plak kol 12,,,last2 tak boleh jugak bukak,,, macam2 status aku bace wat aku gelak,,,hahaha serius kelakar! Lagi2 si Admin KMM punya,,, bengong hohoho~




*Sesape yang baca ni,,, mintak tolong doakan saya dapat kos yang terbaek ye,,, InsyaAllah saya juga akan mendoakan untuk anda ;)


Thursday, May 19, 2011

Last Trip with H3P5

بسم الله الرحمن الرحيم

Masih ingat lagi pada bulan Mac dah mula ramai praktikum masing2 pergi bermalam kat pantai2 yang indah kat Melaka tuh,,,hehehe 
Praktikum aku awal2 dah rancang nak pergi Genting Highland tapi tak jadi sebab ramai parents tak kasi,,,kehkehkeh yelaa semua anak2 manja la katakan,,,huahuahua
Lepas tu rancang nak pergi pulau la, bandar lah,,, last2 pantai di Melaka sahaja,,, lagi mudah kan...

Tanggal 18 Mac 2011 kami pergi ke Pantai Pangkalan Balak. Hahaha aku sangat ingat lagi disebabkan 2 kaum Adam ni dalam praktikum aku,,, semua bermasam muka sebelum bertolak,,,hahhaa mana tak nya,,, rancang pukul 3 petang tapi kami sangat lambat,,,hehehe sori la,,, dah kena beratur dengan praktikum lain sebab transport van hanya ada beberapa sahaja! Last2 bertolak dekat pukul 6 petang,,, haaa lama tak kitaorang tunggu,,,? huhuhu aku takpe je sebab ramai member praktikum lain (juga kat situ tunggu van) aku berborak,,, lagi2 kat situ ada Dean,,,memang jadik r,,, memang kesian masa tu dak2 kelas aku,,, hohoho nak buat camne,,, dah berlaku,,, IM SORRY ^^

Syafira-Farah-Nur-Nora-Zaren-Pqa-Anna-Farhana

Gambar di atas tu menunjukkan Syafira memang sangat penat tunggu berejam jam,,,hehehe ade 2 bus stop kat situ,,,satu seberang jalan,,,dan kami terpisah,,,hehehe Gambar bawah ni plak dah selamat naik van,,,haaa Alhamdulillah sangat lega ketika itu~ Masa ni lah aku sampaikan pesanan dari Pn. Zabariah sebab tadi dia telefon tak dapat join,,,so dia tinggalkan pesanan,,elok2 dan jangan mandi kat laut tengah2 sangat,,sekarang musim hujan,,, Yup time ni tengah musim berlaku tsunami di Jepun dan gegaran sampai sikit kat Indonesia,,,!

Baru nak senyum lebar~
tapi Anna plak tengah dilemma kowt,,,hahaha

Sesampai di destinasi,,,hooo~ not bad r,,,cuma chalet kitaorang tak secantik & selesa macam member2 aku yang lain even harga SAMA!!! Untuk pengetahuan korang,,,aku berkongsi dengan 2 orang dak praktikum lain, tapi petang tu berduyun2 lar member dia datang,,,errr serius sangat tak selesa,,,! sebab tak satu kepala tapi tak kesah lar, yang penting aku enjoy dengan classmates ^^

Haa candid!!! Tapi background gambar kedai la plak bukan pantai~

Gambar di atas sangat limited edition! Susah aku nak dapatkan gambar ni dari ownernya,,,hahaha waktu dah petang dalam pukul 6.30pm semua lapar, makanan tak sampai lagi,,,kitaorang pun jalan lar tepi pantai,,,syok giler dengan angin nya,,,hehehe dah lapar tu singgah la beli burger dan ice blended!!! ^^ meredakan kelaparan sebentar~

Buat air dengan pinggan,,,kehkehkeh
Takdak senduk lar,,,hohoho~

Perhhh wa cakap lu... makanan sampai lambat!!!! Pukul 9 baru sampai... Tapi bagos boleh Isyak dulu. Tiba2 Cik Azrul mesej aku,,, lebih kurang bunyi camni la
"cikgu sebenarnya ade keje tapi takpe cikgu cube datang n korang takyah lah simpan ape2 makanan untuk cikgu, Kalau cikgu dapat tengok korang semua malam ni, cikgu dah cukup hepi. Muezz jaga budak2 kelas baik2. Sekarang ni musim hujan, Kalau ada pape hal bagitau saya"
Aku tunjukkan mesej tu kat dak2 ney,,,semua rasa sangat terharu...hoho~ Cik Azrul la paling sporting, perangai cam dak2 lagi,,,hehehe

Bersama Ciz Azrul

Persedian menghidupkan api adalah keje die

Ketika ini aku dilantik sebagai Abuya dan Syafira sebagai Mama

Ayam kitaorang ^^

OK sekarang tengah hangat dan air liur aku tetibe mengalir la plak,,,ermmm
Macam2 hal berlaku,,, -.-' makanan sampai lambat, pastu nasi goreng boleh plak terlupa nak hantar,,, nasib kami semua dah kenyang,,,tapi buat penat jerk tunggu ayam BBQ tak makan sebab nak makan ngan nasi,,grrr dan keesokkanya plak nasi lemak eksiden sebab orang yang hantar kemalangan,,, haa tu takpe dimaafkan,,,hehhe sememangnya servis pada hari itu sangat tak memuaskan,,,nak murah & mudah punya pasal,,,tak kesah lar janji enjoy ;p

Lepas makan,,,masih banyak lagi ye makanan tu,,, kitaorang cadang nak main permainan yang dah dirancang sambil bawak makanan semue tu ngan air skali,,, Lepak tepi pantai main game TRUE OR DARE! tak suka game ni sebab kena cakap benda yang benar,,, erk kalau tipu orang bukan tahu punnn,,, tapi tak best lah kan kalau camtu,,,hehehe OK bila turn aku yang kena DARE,,, -.- kena wat chicken dance,,, tak suke kowt,,,hahaha dan apabila kene TRUE?
Tahu apa soklan yang diajukan,,,, mesti lah soklan yang sangat biase sampai boleh bosan kalau main game ni berulang2 kali dengan orang2 yang berbeza!

Soalan 1: Sape kat KMM ko minat?
Aku : (agak lama aku jawab,,,penuh dengan alasan) Ok lah,,, dia budak H1P* hahaha
Soalan 2: Sape name dia & camne ko boleh kenal dia? Cube explain siket
Aku : Hoho~ ok lah,,, dia dak  ***,, 1st time jumpe dy mase ade ceramah *T*... OK da cukop! Aku just minat tapi aku tak teringin nak berpacaran ngan dia pun ea,,,just malam ni saje,,,pasni jangan nak bukak citer ni lagi... [Saat tu semue riuh cakap #haaa aku kenal dia!!! (mampus aku dak2 ni kenal -.-') #apsal camtu plak lah #ko taknak cube ke #dia sangat ok,,,aku sokong kalau kau dengan dia,,,(hahaha tak boleh belah lah semue tu)]
Aku memang tak boleh bohong sebab benda ni ade 2 orang kelas aku dah tau -.-'

Haaa selesai maen game ni kitaorang berborak then jalan2 tepi pantai sambil ambil gambar,,,malam tu sunyi sangat,,,dengan anginya yang sepoi~ best2!


Aku rase pengalaman camni je kowt ade kat Matriks,,,tak tahu la nanti kat universiti camne ek,,, sedang memikirkan suasana camne...errr sesungguhnya aku takkan lupa korang wahai H3P5 ^^
Sanggup korang terima aku kehkehkeh perangai ntah pape je kan aku,,, ;p

 Khas untuk korang,,, bukan senang nak buat slide show berbayar ney tau tak?!!!

Monday, May 16, 2011

Tau plak panas ??!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekarang memang betol temperature di Malaysia meningkat,,,tapi bukan sini je malah negara2 lain dan boleh dikatakan seluruh dunia lar senang citer,,,manusia dok mengata panas lah, itu lah ini lah,,, -.-' 
tapi sebelum tu... ingatlah ayat ini.... jangan dicela matahari itu kerana kepanasannya, salahkan kepanasan itu kerana manusia tidak pandai menjaga alam

Kita adalah manusia berkongsi planet bumi ini dengan hidupan lain, haiwan , tumbuhan dan lain2 lagi!


Ingat tu, manusia lebih berakal, so jaga lah alam ini untuk kepentingan bersama dan untuk generasi akan datang,,, Kesian plak nanti kalau anak cucu kita tak pernah tengok harimau, penyu dan haiwan2 lain,,,sedih sangat! Pernah terfikir tak? Haiwan dan tumbuhan lain sudah menjaga dan menjalankan kitaran masing2 dengan jaya nya... Tapi segelintir manusia yang merosakkan alam yang Allah bagi untuk sementara ini. Sedar lah diri tu! 

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini



Aku nak terangkan lar sedikit info tentang masalah ni sikit lah...
Pemanasan global ini disebabkan kesan Rumah Hijau manakala rumah hijau ini plak disebabkan CFC dan disebabkan CFC ni lah berlakunya penipisan lapisan ozon! Ha tengok tu berantai2 dia punya kesan! 


Cian kat polar bear tu,,,ais makin banyak yang cair sebab pemanasan Global
Kesan rumah hijau adalah fenomena dimana atmosfera bumi memerangkap radiasi matahari menyebabkan kepekatan gas rumah hajau (CO2, methane, CFC) meningkat. Lapisan gas tadi menyerap haba dan memancarkan kembali ke bumi. Ini semua disebabkan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab. 


Penipisan lapisan ozon  berpunca daripada CFC, bekas styrofoam dan penurunan O3 kepada O2. 1 atom klorin boleh memusnahkan 100,000 ozon molekule,,,bayangkan! (CFC mengandungi 3 klorin atom). CFC sebenarnya bukan toksik, tidak mudah terbakar dan gas sintetik karbon dan halogen yang sangat stabil. CFC  dapat bertahan di atmosfera selama 45 hingga 260 tahun. Hmm cuak ni sebenarnya... Lama tu kat atas, menyebabkan lapisan ozon menipis dalam masa yang lama,,, >.<
CFC selalunya berasal daripada pendingin hawa dan peti ais, penghasilan plastik foam dan semburan aerosol.






Akibat Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau

  1. Aras air laut semakin tinggi dan mengubah jumlah dan pola hujan
  2. Hasil pertanian
  3. Mengurangkan arus sungai
  4. Banyak penyakit baru dan berbahaya
  5. Kehancuran spesis
Akibat Penipisan Ozon
  1. Pancaran UV secara terus menyebabkan boleh terkena kanser kulit
  2. Merendahkan tahap fotosintesis
  3. menghancurkan nucleic asid dalam organisma